...

...

Wednesday, 14 December 2016

Kenangan di KPM Seri Iskandar !

Assalamualaikum..


Harini tak banyak kerja nak buat. yelah.. dari hari isnin aku cuti. Ni lah life student. Tak sedar dah nak habis belajar rupanyaaaa.. teringat zaman dulu. zaman waktu diploma. serius best !. dulu, lepas SPM aku kerja kejap dekat kilang. kononnye taknak sambung belajar lah. konon sgttt. Tapi lepas beberapa bulan kerja tetiba rasa nak belajar. yelah, mane taknye, tengok newsfeed kat facebook kawan-kawan semua dapat sambung belajar. yang ke matriks, yang ke uitm, utp, usm..ramai bebenor kawan sambung belajar. alahaiiii.. jeles weh deme sambung belajarrr..

Aku bukan student yg resultnye gempak. SPM takat cukup makan. try la apply UPU. first time apply memang tak dapat.. ate buat la rayuan.. masalahnya masa nak tunggu rayuan tu la lame bebenor lahaiii... sampai lah kakak saudara bagi cadangan suruh masuk KPM. serius lah! tak pernah dengar kot KPM.. disebabkan lama sangat tunggu result UPU, dengan rela hati pergi mohon kat KPM Seri Iskandar.. Akhirnya dapat ! diterima masuk intake Januari 2011.  yang bestnya, lepas dah confirm nak masuk KPM, cek la UPU, dapat jugak tawaran ke Uitm Arau. udoh konpius teman waktu tu. 

Kalau korang nak tahu, Kolej Profesional Mara ni bagus !. yelah nak juga puji kolej sendiri..hahaa. Masa zaman aku, jurusan yang ditawarkan ade 3 je, HND Business in Information Technology, HND Business in Marketing & Diploma in International Business. So, kesemua program ini sepenuh masa dan tak payah risau sebab ada pengiktirafan oleh MQA. Bahasa pengantar adalah Bahasa Inggeris. Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh lah pergi laman web KPM Seri Iskandar. Sekarang ni dengar cerita KPM Seri Iskandar dah takde program tu lagi. Kolej ni terbuka pada bumiputera sahaja. yelah under MARA kan.

Program HND ni ambil masa lama sikit la dari diploma yang lain. Mostly diploma dalam 3 tahun dah abis. tapi aku ambil masa 3 tahun 6 bulan. HND stand for Higher National Diploma. 1 tahun 6 bulan ambil foundation in business. pastu sambung diploma 2 tahun. Boleh dikatakan banyak perkara yang aku belajar. program ni based on assignment lah. kira siapa tidur malam tu bukan student HND lah...bersengkang mata weii buat assignment.. Tak tidur malam pasal suka sgt buat assignment last minit.. Biase laa student kannnn..Hahaa...ok. asrama ade dua blok. asrama lelaki dan asrama perempuan. selalunya sem satu memang wajib duduk asrama. eh baguslah duduk asrama daripada duduk luar perabis duit.. zaman aku dulu seri iskandar tu baru nak membangun. sekarang ni macam -macam dah ade. ade bowling, McD, Kfc, Subway, Pizza dan byk lagi laaaa.. sane jugak ade pasaraya Tesco n Billion. so korang yang baru nak masuk KPM ni jangan risau ye. KPM ni dekat dengan Uitm Seri Iskandar dan UTP. so memang kawasan student lah port melepak buat assignment kat kedai makan..

Pasal makanan takyah risau sbb dlm kolej mmg ade cafe. Murah pun murah. Jimat la dari dduk luar. Lagipun dduk dalam asrama safety tu terjamin la.. Nak kluar masuk kena ada pas.. Lagi satu lecturer kat KPM kebanyakannye friendly la dgn student. Kalau tak faham, tanya.. Jgn senyap. Tp ade jugak lecturer yg garang n tegas. Adat la tu kan. Cikgu mana yang taknak tengok anak muridnya berjaya kannn..

Pada korang yg bakal masuk ke KPM Seri Iskandar, aku ucapkan selamat datang.. Kalau korang boleh score dapat pointer tinggi setiap sem, dekan / copa setiap sem, korang ade masa depan yg cerah utk fly ke oversea..kalau korang lemah dlm english, masa ni la peluang korang nak improve.. Speaking je dgn lecturer.. Jgn malu, jgn segan k...

Sampai sini saje ye.. Selamat maju jaya !



Wednesday, 7 December 2016

Cara nak pergi ke kenanga (KWC)

Assalamualaikum..

Ha ! Macam mana yek nak pergi kenanga nih.. Naik kereta nanti kena hadap jemm pulak. Jangan pening-pening ye. Kalau korang memang menetap dekat KL xde masalah. Guna je public transport. Kalau yang datang dari jauh tu pun xde masalah..haha..


Eh sbelum membebel panjang.. Mesti korang terpikir ape tu kenanga.. Ni nak habaq..kenanga ni adalah mall. Boleh la dikatakan syurga baju murah2.. Nak beli borong pun boleh.. Banyak pilihan baju trend terkini.. Sekarang kan trend baju ala-ala warda.. So memang belambak la baju tu kat sana. Murah pun murah.. Dekat kenanga kedai baju memang padat.. Orang kata rambang mata lah. Tak tahu nak beli yang mana..haaa.. Kalau korang bijak, korang kena survey harga dlu tiap2 kedai..then mark la kedai yg hampa minat nk beli..lagi satu.. Kalau masuk kenanga ni korang akan rasa pusing tempat yg sama.. Hahaa..sebab aku pun rasa mcm tu.. Adoiii la nakkk..


Ehsan pakcik google. Ni la Kenanga Wholesale City.

Okeh..berbalik pada tujuan utama.. Cara paling senang nak pi kenanga.. Ni direction dari KL sentral.. Kalau korang dari KL sentral, korang masuk NU sentral, pastu naik monorel beli token pi stesen Hang Tuah.. Ingat naa Hang Tuah.. Hang jangan nak melencong pi tempat lain pulak.. Huhuu.. Lepas korang keluar dari stesen tu korang akan perasan ade signboard kecik kenanga (kwc) . Dia suruh ikut anak panah tu.. Pastu korang akan berjalan depan deretan kedai.. Korang kena jalan sampai hujung kedai pastu baru jumpa kenanga.. Kena rajin jalan la ye.. Jauh tak jauh sgt laa.. Tp letih jugak.. Hahaa.. Sama ja direction kalau dari chow k it boleh direct turun ke Hang Tuah ...

Macam mana pulak kalau dari TBS? Sama je.. Korang naik LRT  ke stesen Hang Tuah. Then ikut mcm td ye..


Ehsan pakcik google. Stesen Hang Tuah ade dua kemudahan public transport. Nak Naik Monorail boleh LRT Sp pun boleh.


Sampai sini saje ye.. Selamat bershopping !!
Berbelanja dengan bijak ye . Thumbs up !



Tuesday, 6 December 2016

Aku rindu .. Part 2

.......bunyi telefon berdering.. " hello" . Dengar bunyi esakan dihujung talian. " kakyang, cepat datang hospital..mak koma.. Ramai doktor kat katil mak " . Lepas aku jaga mak semalam, adik bongsu aku pula jaga. Cepat-cepat aku cari ayah. "Ayah, cepat pergi hospital. Mak tak sedar diri !" . Adik bongsu aku banyak kali call suruh dtg cepat. Tak sangka hari tu hari terakhir sembang dengan mak. Kali terakhir sembang dengan mak, hari jumaat petang. Semua ada. Mak koma hari sabtu pagi. Allah.....

Waktu tu. Doktor guna pam oxygen manual. Nampak penat doktor tu. Doktor pakar jumpa ayah. " peluang 50-50 sebab jantung dah tersumbat " kata doktor . Ayah dengar. Menangis. Dari jauh aku nampak ayah kesat air mata. Siapa tak sayang isteri. Waktu ini, mak memang tak sedar. Memang koma. Hanya doa dan harapan pada yang Esa. Teringat aku perkara yang buat aku marah dan kesal. " nurse, tolong buat suction" pinta aku pada nurse. Nampak nurse buzy. Takpe aku tunggu sebab nurse sibuk. Tak de sorang pun yang datang. Aku panggil lagi untuk buat suction. Nurse datang dan dia cakap " tahu kan mak macam mana". Agak emo sikit sebab aku faham maksud nurse tu. Dia nak cakap yang mak dah tak ada harapan. Aku diam. Esoknya ramai saudara ziarah. Waktu tu mak koma. Mak koma bukan di icu. Tapi di wad biasa.

Hari selasa. Lepas asar. Ada saudara sempat ziarah. Ayah memang setia disisi mak sejak mak koma. Sentiasa baca selawat ditelinga mak. Sentiasa berzikir agar mak dapat ikut zikir sekali. Kami tahu mak dengar. Ada sekali air mata mak mengalir. Ingat lagi. Waktu itu, semua anak-anak mak keliling mak. Mengucap shahadah di telinga mak. Doktor datang dekat katil mak. Doktor cakap " pakcik, isteri pakcik dah takde " sambil tunjuk kertas pada ayah. Ayah seakan binggung dengan kata-kata doktor, sebab dekat mesin masih berdenyut nadi. "Tapi jantung masih berfungsi " tanya ayah. " jantung berfungsi sebab sokongan dari mesin. Saya off mesin ya pak cik " ayah nampaknya pasrah dengan ketentuan Illahi. Suasana sebak.

"Hello pakcik.. Mak dah takde" aku beritahu saudara mara yang terdekat. Rasa kehilangan adik perempuan mereka...........

Aku rindu.. Part 1