...

...

Tuesday, 6 December 2016

Aku rindu .. Part 2

.......bunyi telefon berdering.. " hello" . Dengar bunyi esakan dihujung talian. " kakyang, cepat datang hospital..mak koma.. Ramai doktor kat katil mak " . Lepas aku jaga mak semalam, adik bongsu aku pula jaga. Cepat-cepat aku cari ayah. "Ayah, cepat pergi hospital. Mak tak sedar diri !" . Adik bongsu aku banyak kali call suruh dtg cepat. Tak sangka hari tu hari terakhir sembang dengan mak. Kali terakhir sembang dengan mak, hari jumaat petang. Semua ada. Mak koma hari sabtu pagi. Allah.....

Waktu tu. Doktor guna pam oxygen manual. Nampak penat doktor tu. Doktor pakar jumpa ayah. " peluang 50-50 sebab jantung dah tersumbat " kata doktor . Ayah dengar. Menangis. Dari jauh aku nampak ayah kesat air mata. Siapa tak sayang isteri. Waktu ini, mak memang tak sedar. Memang koma. Hanya doa dan harapan pada yang Esa. Teringat aku perkara yang buat aku marah dan kesal. " nurse, tolong buat suction" pinta aku pada nurse. Nampak nurse buzy. Takpe aku tunggu sebab nurse sibuk. Tak de sorang pun yang datang. Aku panggil lagi untuk buat suction. Nurse datang dan dia cakap " tahu kan mak macam mana". Agak emo sikit sebab aku faham maksud nurse tu. Dia nak cakap yang mak dah tak ada harapan. Aku diam. Esoknya ramai saudara ziarah. Waktu tu mak koma. Mak koma bukan di icu. Tapi di wad biasa.

Hari selasa. Lepas asar. Ada saudara sempat ziarah. Ayah memang setia disisi mak sejak mak koma. Sentiasa baca selawat ditelinga mak. Sentiasa berzikir agar mak dapat ikut zikir sekali. Kami tahu mak dengar. Ada sekali air mata mak mengalir. Ingat lagi. Waktu itu, semua anak-anak mak keliling mak. Mengucap shahadah di telinga mak. Doktor datang dekat katil mak. Doktor cakap " pakcik, isteri pakcik dah takde " sambil tunjuk kertas pada ayah. Ayah seakan binggung dengan kata-kata doktor, sebab dekat mesin masih berdenyut nadi. "Tapi jantung masih berfungsi " tanya ayah. " jantung berfungsi sebab sokongan dari mesin. Saya off mesin ya pak cik " ayah nampaknya pasrah dengan ketentuan Illahi. Suasana sebak.

"Hello pakcik.. Mak dah takde" aku beritahu saudara mara yang terdekat. Rasa kehilangan adik perempuan mereka...........

No comments:

Post a Comment